Cerita Pendek - - - - -- Nasi Lemak dan Yong Tau Foo
Selamat membaca! :)
Hari ini merupakan sebuah hari yang indah. Burung-burung sedang berkicauan di atas pokok. Hari ini amat penting bagi David. David yang berpakaian sekolah menggalas begnya lalu berjalan menuju ke sekolah. Dalam perjalanannya, David perlu lalui sebuah jalan yang sempit dan terpencil. Tempat itu sering berlaku kes samun dan rompak. David sampai awal ke sekolah hari ini, maka dia berjalan-jalan di sekitar sekolah. Walaupun sekolah David sangat besar, namun pelajarnya tidak kelihatan ramai kerana ia bertempat di sebuah perkampungan yang kecil. David berasa bosan lalu membuka buku teks tingkatan empatnya untuk membaca..
Hari ini merupakan sebuah hari yang indah. Burung-burung sedang berkicauan di atas pokok. Hari ini amat penting bagi David. David yang berpakaian sekolah menggalas begnya lalu berjalan menuju ke sekolah. Dalam perjalanannya, David perlu lalui sebuah jalan yang sempit dan terpencil. Tempat itu sering berlaku kes samun dan rompak. David sampai awal ke sekolah hari ini, maka dia berjalan-jalan di sekitar sekolah. Walaupun sekolah David sangat besar, namun pelajarnya tidak kelihatan ramai kerana ia bertempat di sebuah perkampungan yang kecil. David berasa bosan lalu membuka buku teks tingkatan empatnya untuk membaca..
“Hei David! Apa khabar? Apa awak buat ah masa cuti
sekolah?” James bertanya. Rupa-rupanya hari tersebut adalah hari pertama sesi
persekolahan selepas cuti akhir tahun yang panjang. “James, saya baik-baik
saja. Masa cuti itu saya pergi melancong mah.” David membalas sambil tersenyum.
David dan James merupakan sahabat yang akrab, mereka menjadi kawan semenjak
prasekolah lagi.
Guru kelas mereka telah memasuki kelas. Di sisinya
diikuti oleh satu perempuan Melayu yang sangat anggun. Semua lelaki dalam kelas
termasuk David dan James terpegun melihatnya. “Selamat pagi kelas. Dia
merupakan pelajar baru yang berpindah ke sekolah kami. Mulai hari ini dia akan
menyertai kelas kamu,” kata cikgu. Dengan senyumannya yang manis, perempuan itu
mula memperkenalkan dirinya: “Hi semua. Nama saya Alia bin Raslan. Boleh
panggil Alia je, selamat berkenalan!”
David termenung di kantin. Dia sedang berfikir pasal
budak baru Alia. Dia telahpun terpikat dengan Alia yang begitu lemah-lembut dan
cantik. “Oi David! Apa kamu sedang fikir? Makanlah!” Jerit James yang begitu
kuat sehingga menggangu pelajar yang sedang makan di meja sebelah. Mereka makan
dengan terburu-buru lalu masuk ke dalam kelas kerana masa rehat hampir tamat.
David memerhati Alia sejak hari pertamanya masuk kelas.
Bagi David, Alia ibarat bidadari yang turun ke muka bumi. Alia bukan sahaja
jelita, malahan lemah-lembut, berkasih sayang, suka senyum, dan banyak lagi. Selepas
kelas, David berjalan bersama James untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan,
mereka ternampak Alia berjalan menuju ke arah kampung mereka. (Biarpun kata
“ternampak”, namun David memang memerhati Alia dari pagi hingga habis kelas)
David berbisik kepada James: “Eh James... Lihat! Itukan Alia? Saya suka dialah
tetapi tidak tahu bagaimana nak cakap. You ada cara tak?” James menjeling David
dengan pandangan yang serong, seolah-olah tak percaya kepada David. James lalu
berkata: “Cikgu kata hari jadi Alia bakal menjelang. Apa kata awak hadiahkan
dia sesuatu?” “Hmm.. Idea baik! Terima kasih James!”
Pada hari jadi Alia, David menghadiahi Alia sepapan coklat.”Selamat
hari jadi Alia! Coklat ini bagi kamu.” “Terima kasih,” jawab Alia sambil
menunjukkan senyuman bidadarinya. Sejak itu, David berusaha untuk memikat Alia.
David pernah menghadiahinya bunga, menolongnya angkat beg, serta membelanjanya
makan di kantin.
Pada suatu hari, Alia terlanggar seorang pelajar lelaki
yang bernama Arif. “Maafkan saya” kata Alia secara terpinga-pinga. Alia bermuka
merah apabila Arif mula bercakap:”Erm, saya tak apa-apa. Awak ada tercedera
tak?” kata Arif. Arif merupakan antara pelajar yang terkacak di sekolah itu.
Dia merupakan anak kacukan hasilan orang Perancis dan orang Melayu Malaysia.
Alia pergi secara terburu-buru tanpa berkata-kata.
Dua minggu telah berlalu, namun Alia masih tidak boleh
melupakan pertemuannya dengan Arif. Setiap hari, Alia akan menunggu Arif di
tempat mereka bertembung. Namun, Arif tidak sekali-kali muncul. Alia mula
berfikir: “Apakah yang saya fikirkan ini? Arif merupakan budak yang popular di
sekolah ini! Dia takkan suka saya lah?” fikiran Alia mula bercelaru.
Masa berlalu dengan cepat, sekarang David dan
rakan-rakannya merupakan pelajar tingkatan 5. Semasa itu, percintaan antara Alia
dan Arif telahpun berputik. Melihat situasi ini, David berasa susah hati kerana
perempuan idamannya telah bersama orang lain. “Tak guna punya Arif, merampas girl-friend aku!” kata David. “Sabarlah
David. Suatu hari nanti Alia pasti boleh nampak keikhlasan kamu,” pujuk James
kepada David. Walau bagaimanapun, kelakuan Arif seolah-olah menunjukkan bahawa
dia tidak menyukai Alia. Contohnya, waktu kelas Pendidikan Jasmani, Alia
terjatuh semasa bermain bola tampar. Arif yang leka bermain bola sepak tidak
memperdulikan Alia pun.
Selepas kelas, David, Alia dan Arif berjalan bersama-sama
untuk pulang ke rumah. Oleh kerana Alia dan Arif sedang berpacaran, maka David
akan cuba menjarakkan dirinya dalam perjalanan. Apabila mereka melalui jalan
yang terpencil itu, tiba-tiba 3 orang penyamun muncul di hadapan mereka.
Penyamun-penyamun itu menggertak mereka untuk menyerahkan barangan berharga.
Melihat keadaan yang merbahaya ini, Arif terperanjat lalu cabut lari.
Walaupun pada masa itu David pun dalam ketakutan, namun
dia berusaha memujuk Alia: “Jangan takut! Saya akan melindungi kamu.” Alia
berasa sangat takut sehingga tidak dapat berkata-kata. Alia hanya mampu
bersembunyi di belakang baju David. Tangannya memegang erat pada baju David.
Penyamun menggesa mereka untuk mengeluarkan harta. David berpura-pura mengambil
sesuatu daripada begnya. Semasa penyamun-penyamun itu memerhati pergerakan
David, David mengambil peluang untuk menendang bahagian sulit salah satu
penyamun lelaki itu. Penyamun-penyamun itu bertambah marah dan memukul David
sehingga terjatuh ke lantai dan berdarah di kepala. “ Sana! Ada penyamun di
sana,” James membawa beberapa orang polis berlari menuju ke penyamun-penyamun
tersebut. Namun, penyamun-penyamun itu sempat melarikan diri. “David! Awak okay
ke?” tanya Alia dengan nada yang serba salah. Kepala David sudah berdarah
akibat dipukul penyamun-penyamun itu. David telah pengsan. Polis segera
memanggil pihak hospital untuk menghantar ambulans ke sana.
Selepas koma selama 3 jam, David telah sedar diri. Dia
mendapati dirinya berada di hospital dan di sisinya kelihatan ibu bapanya dan
Alia. “Eh, awak dah sedar?” tanya ibu kepada David. “Siapa awak? Kenapa awak
duduk atas katil saya?” jawab David. “David, kamu dah tak ingat kami ke? Saya
mak awak, yang itu ayah awak, dan ni Alia!” “Saya tak ingat awak semua lah.
Tolong jangan ganggu saya.” Mak David mula menangis. Ayah David dan Alia sedang
berusaha memujuknya. David menjeling maknya di mata sambil memegang erat tangan
mak: “Mak! Saya sudah sembuh lah. Tadi saya gurau je. Hahaha” Mereka semua
menangis dalam kegembiraan.
5 tahun sudah berlalu, David dan Alia telahpun bernikah. Mereka
juga telah berjaya dalam perniagaan. Perniagaan butik mereka makin hari makin
baik. Pada suatu hari, pihak TV3 ingin menemu ramah pasangan keusahawanan itu:
“ Apakah rahsia kepada kejayaan D&A Boutik?” Alia tersenyum lebar dan
berkata: “ Rahsia kejayaan business ini ialah saya mempunyai suami yang
betul-betul mencintai saya dan menyokong saya dalam perniagaan. Pilihlah
pasangan yang anda betul-betul sukai dan jangan memperdulikan permasalahan
lain. Cinta yang suci yakni mampu mengharungi segala halangan. Siapa sangka
nasi lemak boleh jatuh cinta kepada yong tau fu?”
Comments
Post a Comment